Assalamualaikum.......
Ada mommy,ummi atau ibu yang masih dalam pantang? Susu badan banyak tak?
Tahukah anda bahawa emosi ibu banyak mempengaruhi penghasilan susu. Emosi ibu yang terganggu dan tertekan akan menyebabkan penghasilan susu terganggu. Pengalaman saya dalam tempoh berpantang ada beberapa perkara yang bisa mengganggu emosi. Saya akan kongsikannya dengan beberapa tips untuk mengatasi.
1. Sakit : Samaada sakit jahitan bersalin normal atau secara pembedahan. Ini akan membataskan pergerakan ibu-ibu. Ini dapat diatasi dengan bantuan dan sokongan orang sekeliling.
2. Nipple sore: Puting yang melecet disebabkan bayi yang menyusu. Jika keadaan semakin teruk akan menyebabkan ibu berputus asa dari meneruskan penyusuan. Ibu perlu pastikan bayi melekap dengan betul pada payudara. Sekiranya berlaku lecetan sapukan sisa air susu pada puting. Ada alat khas untuk mengelak lecetan iaitu breastshield. Boleh juga digunakan. Walaupun saya boleh memilih untuk tidak menyusukan secara terus,tetapi saya memilih untuk menyuskan bayi secara terus. Sekiranya anda tidak tahan. Anda boleh juga mengepam susu dan beri bayi minum gunakan botol.
3. Mengharap : Ibu yang mengharapkan pengaliran susu yang banyak pada awal hari kelahiran pasti akan tertekan kerana pada waktu ini susu yang dihasilkan adalah sangat sedikit. Sesuai dengan perut bayi. Maka ibu perlu bertenang dan memastikan bayi disusui sekerap mungkin atau payudara di pam sekerap mungkin.
4. Tekanan dari sekeliling: Bagi ibu dengan bayi pertama,dan telah nekad untuk mnyusukan bayi secara eksklusif. Pasti akan tertekan dengan saranan orang sekeliling supaya bayi diberi susu tambahan setiap kali bayi menangis. Tidak diikut takut orang kecil hati. Nak diikut kesian pada bayi dengan perut yang sangat kecil nak dibebankan dengan susu yang tidak sesuai. Anda perlu persiapkan diri dengan ilmu. Kenapa perlu menyusukan bayi. Apa risiko jika bayi diberi susu formula. Apa kelebihan menyusukan bayi. Yang penting sekali sebagai seorang islam,ianya adalah perintah yang dah termaktub dalam Al Quran. Anda perlu mendapatkan maklumat yang banyak kerana anda tidak akan menjangkakan berapa panjang perdebatan anda semata-mata untuk memastikan bayi anda mendapat hak mereka.
Tekanan memang tidak dapat dielakkan. Tetapi ia perlu diatasi demi menjayakan penyusu terhadap bayi. Sokongan dari orang sekeliling juga diperlukan.
Saya akui saya juga tewas dengan emosi saat berpantang anak pertama. Macam-macam saya perintah suami saya suruh beli kurma,halba,pegaga dan macam-macam lagi semata-mata nak pastikan susu banyak. Alhamdulillah En Asrul mampu bertahan hehehe:-P
Pada kawan-kawan yang sudah dan bakal menerima cahaya mata pertama. Harap entry ini dapat memberi sedikit manfaat untuk membantu anda meneruskan penyusuan. SUSU IBU ADALAH YANG TERBAIK UNTUK BAYI.
* Itu semua cerita 2 tahun yang lalu. Masuk anak kedua menyusu ketika dalam pantang tidak lagi menjadi tekanan,kerana sudah tahu tips dan caranya.
*doakan saudara seaqidah kita yg tertindas di seluruh dunia. Dan doakan kemenangan mujahidin di Syria dan seluruhnya.
* perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman saya.
No comments:
Post a Comment