Saturday, 7 September 2013

Banyakkan susu Badan (bukan jual produk)

Assalamualaikum......

       Seperti yg ternyata di atas. Saya bukan nak jual produk ye. Saya nak kongsi antara amalan yang saya buat untuk banyakkan susu badan. Semuanya pengetahuan dan pengalaman yg saya dapat waktu menyusukan anak pertama saya. Harap dapat bantu yang lain.

Pemakanan.

1. Makan banyak kurma.
2. Minum banyak air.
3. Tempe untuk protein.
4. Pegaga dan ulam-ulaman yang lain.
5. Susu anleene untuk calcium.
6. Air rebusan halba.
7. makanan tambahan saya ambil alfafa tablet from shaklee dan softgel calcium from Abbot.

Lain-lain

1. Cuba sedaya upaya tidak stress.
2. Buat benda yg mengembirakan macam saya kalau keluar berjalan banyak susu sampai basah baju walaupun sekadar keluar ke taman dekat rumah:-)
3. Fikirkan yang susu pasti cukup hingga anak 2 tahun.
4. Amalkan surah hujurat.
5. pam 3 jam sekali. Bangun pukul 3 pagi buat power pumping.

Sekian,harap lerkongsian ini bermanfaat.

*jgn jadikan alasan kemerdekaan ini untuk tidak peduli pada saudara kita yang tertindas. terus doakan mereka.
*jemput ke page Intdah Bayi untuk perkongsian bermanfaat.

Friday, 6 September 2013

Bertuahnya Kita

Assalamualaikum.......

       Harini saya kemas-kemas almari. Jumpa banyak sangat baju anak yang masih elok. Tapi dah tak boleh pakai semuanya. Baju anak pertama dulu ada simpan konon-konon keluar anak kedua nak bagi pakai la. Tapi bila anak kedua lahir bukan main borong lagi beli baju baru. Pakai sekejap dah tak muat.

       Nak buang sayang,nak simpan tak cukup ruang pula. Mommy kat luar sana pernah hadapi dilema yg macam ni tak? Bertuahnya kita boleh belikan baju baru untuk tiap anak yang lahir. Walaupun tak berjenama kita masih bernasib baik. Ada yang terpaksa tengok anak pakai baju yang buruk sebab tak mampu belikan yang baru. Ada juga orang yang terpaksa meminta dan tak mampu nak beli pakaian untuk anak.

       Sentiasalah bersyukur.....
*jangan putus mendoakan saudara kita di mesir,syria.dan seluruhnya.
*jemput like page Intdah Bayi untuk perkongsian yang bermanfaat:-)

      

Thursday, 5 September 2013

Clear n Care Project

Assalamualaikum......

       Pada para lembaca sekalin seandainya anda masih belum maklum akan page facebook saya Intdah Bayi jemput-jemputlah singgah dan kongsikan perkara bermanfaat:-)

       Memandangkan page saya merupakan sebuah page community. Jadi saya berharap Intdah Bayi dapat memainkan peranannya dalam membantu masyarakat.

       Projek "Clear n Care" merupakan salah satu usaha yang tidak seberapa sebagai tapak permulaan crew Intdah bayi. Jadi kami ingin menjemput pada anda diluar sana yang mempunyai pakaian bayi yang sudah tidak digunakan lagi. Sekiranya anda berniat untuk mendermakannya sila maklumkan kepada kami. Begitu juga pada ibu-ibu yang memerlukan atau maklum akan sesiapa yang memerlukan pakaia bayi sila maklumkan pada Intdah Bayi.

       Kepada yang memberi.
*pakaian masih dalam keadaan elok.
*tidak mengenakan sebarang bayaran          melainkan kos penghantaran.

       Pada yang menerima,anda perlulah.
*seorang yang benar-benar memerlukan.

       Pihak Intdah Bayi hanya memainkan peranan sebagai orang tengah. Perjanjian dan urusan adalah diantara pemberi dan penerIma.

      

Monday, 26 August 2013

Suri Rumah dan EBM

Assalamualaikum.......

       Pada yang masih baru lagi dengan dalam dunia penyusua. EBM adalah singkatan kepada expressed breastmilk. Ya! Susu ibu yang diperah dan disimpan dal peti sejukbeku.

       Persoalan berbangkit hari ini. Perlukah seorang surirumah membuat stok EBM? Saya tidak akan terkejut jika ramai yang akan memilih "tidak perlu" sebagai jawapan. Tidak dinafikan seorang suri rumah pastinya sentiasa berada dekat dengan bayi. Mereka boleh menyusukan bayi secara terus. Tidak kira masa.Maka penyimpanan EBM kelihatan seperti sesuatu yang tidak penting.

       Namun terdapat juga beberapa faktor yang mungkin kita perlu pertimbangkan. Mengenai kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku.

1. Ibu tidak sihat: Jika hal ini berlaku mungkin penyusuan secara terus akan menjadi sukar untuk si ibu dan mungkin jugak patut dielakkan untuk megurangkan risiko jangkitan.

2. Kekurangan susu: Keadaan tertentu boleh menyebabkan susu kurang terhasil, seperti tekanan,perubahan hormon dan pengambilan ubatan. Saat ini adalah lebih baik jika bayi yang kelAparan diberikan EBM daripada susu formula.

3. Kecemasan: Kita sebagai manusia tidak tahu apa yang akan berlaku esok atau lusa. Sekiranya berlaku perkara yang menyebabkan ibu tidak dapat bersama dengan bayi. Ataupun mungkin ajal si ibu datang menjemput. Bayi masih boleh menyusu dengan susu ibunya sebelum serasi dengan susu yang lain.

       Apapun terpulang pada individu. Saya sendiri membuat stok susu ketika anak pertama saya pula masih menuntut di IPTA. Masuk anak ke 2 saya masih tetap membuat stock susu walaupun sudah bergelar surirumah merangkap penganggur terhormat:-D walaupun stock susu banyak terbuang,luput tanpa digunakan. Saya tetap merasa nikmatnya. Sekian perkongsian hari ini. Tak kisah la EBM ke fresh ke yang pnting susu ibu ok:-)

*bersama doakan keselamatan saudara kita di syria dan seluruhnya.
*jemput ke Intdah Bayi untuk perkongsian keibubapaan:-)

Friday, 23 August 2013

Shaklee Di Mana-mana.

Assalamualaikum.......

(Saya bukan member shaklee)

       Agak-agak apa yang pertama sekali yang terlintas di minda para pembaca sekalian? Hehe. Sabar dulu jangan cepat buat kesimpulan. Saya bukan nak berniaga Shaklee ya. Tapi entry ni memang ada kaitan dengan shaklee:-P

       Sebenarnya bukan shaklee sahaja,berkaitan jugak dengan produk-produk yang lain. Seperti JSD,herbalife,Elken,Amway,Coway dan yang sama waktu dengannya.

       Siapa-siapa yang ada tengok ruangan kongsi berkaitan perihal anak-anak dan famili di facebook? Kalau ada,pasti anda akan come across komen-komen yang sebenarnye berupa iklan :-D. Suruh beli produk lah tu :-D Saya sebut Shaklee sebab sekarang ni yang agak terkenal memang shaklee.

        Saya rasa kebanyakan masanya ada pembaca yang akan jadi jengkel dengan komen-komen macam ni. Maklumlah macam kalau kita pergi pasaraya tiba-tiba ada promoter yang cuba nak bagi penerangan dan perkenalkan pada produk mereka pasti kita akan rasa terganggu.

       Tapi secara peribadi saya merasa kagum dan menghormati mereka. Kenyataannya mereka sedar dan tahu yang komen mereka berkemungkinan besar akan tidak diendahkan. Sebaliknya akan buat sesetengah orang menyampah. Namun mereka tetap teruskannya. Tak semua orang ada potensi yang begini. (termasuk saya sendiri :-P)

       Pada saya ianya adalah gabungan sikap tabah,minat,kesungguhan,tidak mudah mengalah dan kesabaran. Potensi ini seharusnya ada pada diri setiap insan yang ingin bergelar usahawan yang berjaya. Rezeki di tangan Allah. Jadi untung rugi kita berserah pada Nya. kita cuma boleh tentukan usaha yang berterusan dan niat yang ikhlas lillahitaala dalam menjalankan sesuatu perniagaan:-)

       Teringin jugak nak jadi usahawan. Nak usahakan apa agaknya?? Cukuplah perkongsian saya hari ini. Pada yang tak sependapat tu jangan marah ya. "Biarkan warna berbeza menceriakan Dunia".

*jangan putus mendoakan saudara kita di syria,Mesir dan seluruhnya.
* jemput ke laman perkongsian tentang Si kecil dan ibu Intdah Bayi

Friday, 2 August 2013

Ilmu Sedikit V.S Banyak Ilmu

  Assalamualaikum.....

       Adapun tajuk hari ini banyak perkataan ilmu,namum perbincangan hari ini lebih kepada si pemilik ilmu itu sendiri. Mana yang baik kita jadikan tauladan yang tak baik tu kita jadikan sempadan.

       Raya tahun ini saya buat keputusan nak cuba jahit baju melayu untuk anak bujang saya. Tengok cara nak buat nampak macam senang saja. Nak pergi kelas tak mampu dah. Kita cuba jaya jawabnya.

       Bagi saya cabaran yang sebenar adalah untuk membentuk poket baju melayu. Saya ni menjahit baru,tak berapa hari pon jadi memang la kene bertanya pada yang pakar. Mula-mula takut nak tanya. Takut orang tak nak layan. Mana tidaknya,kalau pergi kelas dah kene bayar beratus nak jahit baju kurung pesak. Kalau setakat tanya poket sudi ke dijawab.

       Cuba jugak cari tutorial dalam youtube, memang tak jumpa. Cuba cari dalam blog-blog pon tidak berjaya. Akhirnya tangan menggapai telefon ingin bertanyakan pada yang ahli. Perasaan takut saya ketepikan. Tidak sangka soalan saya dijawab dengan penuh semangat. Ternyata sangkaan saya meleset. Bukan semua orang mementingkan keuntungan.

       InsyaAllah saya akan kongsikan tip-tip yang saya dapat tentang cara  membentuk poket baju Melayu. Saya yakin bahawa ilmu sedikit yang dikongsi itu jauh lebih baik dari ilmu yang banyak tapi disimpan. Patutlah tidak jadi yang saya buat. Rupanya ada trick tertentu untuk dapatkan hasilnya.

       Nantikan rahsianya dalam entry yang lain ya...

*jemput ke page Intdah Bayi.
*jgn lupa doakan saudara kita di syria dan seluruhnya.

Thursday, 1 August 2013

Petua Untuk Baju Batik....

Assalamualaikum.....

Entry ringkas hari ini saya nak share rahsia supaya baju batik mudah di gosok.

Dulu masa tinggal di asrama ingat lagi pengalaman menggosok baju batik. Memang payah nak hilang kedut.

Cuba petua ni. Semburkan baju batik dengan air sampai lembab. Masukkan dalam plastik dan ikatkan. Simpan bungkusan tadi semalaman dalam petisejuk beku. Biasanya bahagian atas peti sejuk. Keesokan hari,gosoklah baju tu dengan suhu bersesuaian. INSYAALLAH mudah hilang kedutannya:-D

Hingga ke entry seterusnya. Terima kasih kerana membaca:-D

*jemput ke page Intdah Bayi http://www.facebook.com/intdahbaby di fb.
*Doakan saudara kita di Syria dan seluruhnya. Pastikan doa kita mengiringi jihad Mereka :'(

posted from Bloggeroid

Tuesday, 30 July 2013

Petua Bersihkan Permukaan Sterika

Assalamualaikum...

       Menggosok baju pastinya menjadi rutin ibu-ibu. Dari baju kerja,baju suami,baju sekolah anak-anak hinggalah baju untuk bersiar-siar.
 
       Dengan baju yang banyak nak diselesaikan masalah tapak sterika yang kasar akibat fabrik terlekat padanya pasti mengganggu kelancaran tugas. Ada beberapa petua yang boleh membantu atasi masalah ini.

       Cuba ambil daun pisang dan gosokkan sterika panas pada permukaannya. Boleh juga digunakan sebagai alas sterika panas untuk memastikan sterika sentiasa lancar.
      
       Ataupun boleh gunakan lilin dan tenyekkan pada bahagian sterika yang tercemar. Lakukan ketika sterika panas. Sisa-sisa fabrik akan tanggal bersama lilin yang cair insyaAllah...... Harap petua ringkas ini membantu:-D

* Jemput singgah dan like page Intdah Bayi d fb.
* niatkan kerja kerana Allah. InsyaAllah dpat pahala. Kene pulak gosok baju pada malam Al Qadar. Masyaallah......... amin.
* doakan saudara kita di Syria dan Seluruhnya. Bayangkan bagaimana mereka nak beraya:'(:'(:'(

Petua Atasi Masalah Nyamuk

Assalamualaikum.

Ada yang mengalami masalah kediaman banyak nyamuk? Agak tertekan jugak kan. Pada yang ada anak kecik mesti geram tengok nyamuk tu dengan rakusnya sedut darah anak kita.

Kalau nak gunakan racun pun bimbangkan keselamatan anak jugak. Nak guna ubat nyamuk terbersin-bersin dan terbatuk-batuk anak hidu asap. Mari saya kongsikan satu tips atasi nyamuk secara semulajadi.

Ambil pinggan putih. Tuangkan air ke dalamnya. Perahkan sedikit lemon. Letakkan sedikit cecair pencuci pakaian. Nyamuk akan minum air ni lalu mati.

Sebelum buat baca bismillah dan tawakal pada Allah ye. ALLAH berkuasa atas sesuatu kita hanya berusaha.

Dah cuba,jgn lupa bagi ulasan. Silakan berkongsi petua yang lain ya kawan-kawan:-D

*jemput like page Intdah Bayi di facebook.
*jagan lupa doakan keselamatan saudara2 kita di syria.dan seluruhnya.

posted from Bloggeroid

Saturday, 27 July 2013

Testing....testing 2.

Assalamualaikum.....

       Post untuk uji pautan:-P

*jemput like page Intdah Bayi di facebook

Testing...testing

Assalamualaikum.....

       Post untuk uji pautan :-P

* Jemput like page Intdah Bayi di facebook.
* Doakan saudara-mara kita di syria dan seluruhnya:'(

Jubah Ringkas dan Praktikal

Assalamualaikum.....

       Dalam beberapa bulan ini saya telah membina kesukaan yang amat tinggi terhadap jubah. Kalau dulu jubah hanya saya gayakan untuk majlis-majlis tertentu. Mungkin kerana tetapan minda yang dah di setkan "jubah=kenduri+tahlillan+raya" lagipun nak menyusukan bayi memang susah kalau pakai jubah. Memang ada terdapat jubah khas untuk menyusukan di pasaran tapi tiada satu pun dalam koleksi saya. Ini kerana saiz saya yang XXXXXXL ni. Susah nak cari saiz. Kebanyakannya untuk ibu-ibu yang kecik-kecik molek :'(

       Tapi selepas En Asrul membelikan saya mesin jahit :-D saya telah mengubahsuai koleksi jubah yang saya ada kepada jubah penyusuan. Sejak dari itu jubah sentiasa menjadi pilihan saya. Ringkas,sekali sarung tutup semua. Sopan dan selesa. Nak solat pun senang,tidak perlu bawa telekung. Hanya sarung stokin sahaja. Dengan anak dua orang ni,memang menjimatkan masa dan puas berjalan:-)

       Seronok berjubah adalah salah satu sebab mengapa saya hasilkan jubah sendiri untuk raya tahun ini. Masih lagi dalam progress harap-harap siaplah sebelum raya:-P InsyaAllah saya akan kongsikan beberapa jubah yang saya alter dengan step sekali. Saya bukan expert. Cuma nak berkongsi kalau-kalau ada yang boleh dimanfaatkan:-D

       Sehingga ke entry seterusnya.... Jumpa lagi!!

* Jemput like page Intdah Bayi di facebook.
* Doakan saudara-mara kita di syria dan seluruhnya:'(

Cara Basuh Botol Bayi.

Assalamualaikum....
       Entry hari ini adalah seperti yang tersebut di atas. Kesinambungan dari entry sebelum ini Tentang Botol Bayi. Botol bayi perlu dicuci dengan teliti kerana bayi belum mempunyai daya tahan yang matang. Maka mereka akan mudah terkena jangkitan.

       Ada Beberapa cara yang saya biasa praktikkan untuk membasuh botol. Boleh pilih mana berkenan:-p

1. Basuh botol dengan sabun(seelok-eloknya dengan sabun khas untuk botol,sayuran dan buahan) buangkan lemak dan minyak pada dinding botol menggunakan berus khas. Kemudian bilas dengan air bersih. Seterusnya masukkan garam kasar dan air suam kedalam botol. Tutup dan goncangkan botol. Bilas dengan air bersih. Toskan. Siap!!

2. Basuh botol seperti cara 1. Didihkan air di dalam periuk. Kemudian rendamkan botol yang sudah dibasuh kedalam air mendidih untuk beberapa saat,sebelum diangkat dan ditoskan. Siap!!!

3. Basuh botol seperti cara pertama. Gunakan bottle sterillizer. Susunkan botol puting dan lain-lain dan tekan butang on. Toskan. Siap!!

       Tidak perlu lap botol dengan kain atau tisu. Saya sendiri mengambil langkah tambahan dengan menyimpan botol yang telah ditoskan dan ditutup kedalam peti sejuk beku. Untuk mengekalkannya dalam keadaan tersterille.
      
       Senang saja. Yang pasti,tidak rugi kita berpenat sedikit daripada mempertaruhkan kesihatan anak kita. Sekian,harap bermanfaat

*jemput like page Intdah Bayi di FB untuk perkongsian keibubapaan dan surirumah.
*segala tulisan adalah berdasarkan pengalaman saya kecuali mana-mana rujukan yang ada dinyatKan.
*doakan keselamatn saudara-mara seislam kita di Syria dan seluruh dunia. Doakan kemenangan Mujahidin kita.

Thursday, 25 July 2013

Stress Dan Penyusuan

Assalamualaikum.......
       Ada mommy,ummi atau ibu yang masih dalam pantang? Susu badan banyak tak?
       Tahukah anda bahawa emosi ibu banyak mempengaruhi penghasilan susu. Emosi ibu yang terganggu dan tertekan akan menyebabkan penghasilan susu terganggu. Pengalaman saya dalam tempoh berpantang ada beberapa perkara yang bisa mengganggu emosi. Saya akan kongsikannya dengan beberapa tips untuk mengatasi.

1. Sakit : Samaada sakit jahitan bersalin normal atau secara pembedahan. Ini akan membataskan pergerakan ibu-ibu. Ini dapat diatasi dengan bantuan dan sokongan orang sekeliling.

2. Nipple sore: Puting yang melecet disebabkan bayi yang menyusu. Jika keadaan semakin teruk akan menyebabkan ibu berputus asa dari  meneruskan penyusuan. Ibu perlu pastikan bayi melekap dengan betul pada payudara. Sekiranya berlaku lecetan sapukan sisa air susu pada puting. Ada alat khas untuk mengelak lecetan iaitu breastshield. Boleh juga digunakan. Walaupun saya boleh memilih untuk tidak menyusukan secara terus,tetapi saya memilih untuk menyuskan bayi secara terus. Sekiranya anda tidak tahan. Anda boleh juga mengepam susu dan beri bayi minum gunakan botol.

3. Mengharap : Ibu yang mengharapkan pengaliran susu yang banyak pada awal hari kelahiran pasti akan tertekan kerana pada waktu ini susu yang dihasilkan adalah sangat sedikit. Sesuai dengan perut bayi. Maka ibu perlu bertenang dan memastikan bayi disusui sekerap mungkin atau payudara di pam sekerap mungkin.

4. Tekanan dari sekeliling: Bagi ibu dengan bayi pertama,dan telah nekad untuk mnyusukan bayi secara eksklusif. Pasti akan tertekan dengan saranan orang sekeliling supaya bayi diberi susu tambahan setiap kali bayi menangis. Tidak diikut takut orang kecil hati. Nak diikut kesian pada bayi dengan perut yang sangat kecil nak dibebankan dengan susu yang tidak sesuai. Anda perlu persiapkan diri dengan ilmu. Kenapa perlu menyusukan bayi. Apa risiko jika bayi diberi susu formula. Apa kelebihan menyusukan bayi. Yang penting sekali sebagai seorang islam,ianya adalah perintah yang dah termaktub dalam Al Quran. Anda perlu mendapatkan maklumat yang banyak kerana anda tidak akan menjangkakan  berapa panjang perdebatan anda semata-mata untuk memastikan bayi anda mendapat hak mereka.

       Tekanan memang tidak dapat dielakkan. Tetapi ia perlu diatasi demi menjayakan penyusu terhadap bayi. Sokongan dari orang sekeliling juga diperlukan.

       Saya akui saya juga tewas dengan emosi saat berpantang anak pertama. Macam-macam saya perintah suami saya suruh beli kurma,halba,pegaga dan macam-macam lagi semata-mata nak pastikan susu banyak. Alhamdulillah En Asrul mampu bertahan hehehe:-P

       Pada kawan-kawan yang sudah dan bakal menerima cahaya mata pertama. Harap entry ini dapat memberi sedikit manfaat untuk membantu anda meneruskan penyusuan. SUSU IBU ADALAH YANG TERBAIK UNTUK BAYI.

* Itu semua cerita 2 tahun yang lalu. Masuk anak kedua menyusu ketika dalam pantang tidak lagi menjadi tekanan,kerana sudah tahu tips dan caranya.
*doakan saudara seaqidah kita yg tertindas di seluruh dunia. Dan doakan kemenangan mujahidin di Syria dan seluruhnya.
* perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman saya.

Tuesday, 23 July 2013

Tentang Botol Bayi

Assalamualaikum.....
       Hari ini kita sembang-sembang tentang botol susu ye. Sekadar berkongsi kisah anak kedua saya yang dimasukkan ke Wad pada hari ke 4 kelahirannya. Saya musykil kerana saya menyusukan anak saya dengan susubadan sepenuhnya macam mana boleh kena jangkitan kuman.

       Seorang jururawat menjelaskan pada saya,kebanyakan bayi yang dimasukkan ke wad kerana jangkitan kuman telah menyusu menggunakan botol. Memang betul saya gunakan botol kerana sayangkan susu yang dipam.
      
       Jangan salah!! Bukan x boleh guna botol,cuma perlu teliti dan ambil berat dengan kebersihan botol yang digunakan. Memang penggunaan botol boleh menyebabkan keliru puting dan seelok-eloknya bayi jangan diberi minum guna botol susu.

       Tapi bagi saya kadangkala ada masalah yang tak dapat diatasi menyebabkan ibu tidak dapat direct breastfeed bayi mereka. Pada waktu itu,botol adalah menjadi pilihan asalkan susunya susu ibu. Ibu,mommy dan ummi sekarangkan ramai yang kerja.  Manakala bagi ibu yang bersalin secara pembedahan,pasti sukar nak pegang bayi. Jangan risau asalkan kebersihan botol terjaga.

     Biasalah,dalam pantang agak susah nak uruskan kalau tak ada yang sudi bantu. Jadi pesan kat hubby u alls suruh rajin-rajin sikit. Anak kita tak ade orang lain nak uruskan yer... insyaAllah saya akan kongsikan beberapa cara membasuh botol dalam entry yang lain

       Selain dari itu sebaiknya pilih botol susu yang bebas BPA. Seperti yang di war-warkan BPA adalah bahan yang boleh menyebabkan kanser dalam jangka masa panjang. Perlu gunakan puting dengan lubang yang sesuai. Supaya bayi tak tersedak dqn selesa untuk minum. Terdapat juga botol susu anti kolik yang dapat mengelakkan bayi kembung. Jangan biarkan bayi hisap botol kosong. Jika susu sudah habis terus ambil botol daripada bayi. Ini juga untuk mengelakkan bayi daripada kembung perut akibat menghisap udara.

       Rasanya sekadar itulah pengetahuan saya yang baru beranak dua ni. Pada yang dan ada anak 5 6++ bolehlah tolong tambahkan mana-mana yang saya terkurang:-D Semoga bermanfaat ya...

*keep our brother n sister in syria n around the world in our prayer.

      

Monday, 22 July 2013

Makanan bayi frozen (buat sendiri)

Assalamualaikum.....
       Siapa ada baby yang baru pandai makan? Mesti excited nak masak-masak. Lagi-lagi kalau baby first. Toooolooooonnnggggg umi,mama,ibu dan mommy sekalin. Jangan letakkan makanan bayi segera dalam menu anak anda. Da penat exclusive breastfeed,sampai 6 bulan nak bagi makanan segera plak. X mo x mo :O.
      
       Ada tak yang nak merungut tak sempat nak masak hari-hari? Haha naseb la sape suruh jadi wanita bekerjaya :-P. Jangan la marah..... mari saya nak bagi solutions.

       Caranya ialah buat Frozen food. masak skali sayur/buah/ubi/kekacang dll untuk seminggu,lenyek,tapis atau kisarkan kemudian masukkan dalam ice tray. Siap semua masukkan dalam freezer. Bila dah beku keluarkan masuk dalam 1 bekas untuk setiap jenis makanan dan tandakan tarikn.

       Rasanya nasi boleh masak hari-hari. Kalau nak senang,siap-siap basuh jemur dan kisarkan beras. Cepat masak nasinye dan x perlu nak kisar atau lenyek nasi lagi. Kalau rajin macam saya bancuh je tepung beras dengan air (kacau guna whisk) tenggek atas api(jangan berhenti kacau) masak sampai pekat.

       Ini lah cara yang saya buat. Harap perkongsian ni memberikan manfaat pada yang baru-baru nergelar ibu:-) Cadangan dan komen amat dialu-alukan.

*sewaktu hamil dan melahirkan anak saya yang sulong. Saya masih menuntut di politeknik. Cara ni la saya gunakan senang nak bekalkan makanan sebelum hantar baby pergi rumah Wan dia.

Sunday, 21 July 2013

My first peplum.

Assalamualaikum...
Apa khabar semuanya? Bulan puase ni harap sihat-sihat belaka la semuanya ye. Dah siap ke shooping Baju raya? Pesen apa taun ni.
       Tahun ni saya jahit jubah sendiri atas beberapa faktor:-D da siap2 jait jubah ade pulak kain lebih. Apa lagi, boleh lah buat baju anak dara sorang ni.               Walaupun orang semua dah mengorak langkah tukar ke fesyen fishtail,saya nak buat peplum sebab belum pernah buat peplum.
     Tadaa!!!! Inilah hasilnya. Walaupun u alls nak kata ianya hasil yang tak seberapa. Tapi bagi saya yang amatur ni,nak pergi kelas tak ada modal ni:-P hasil mcm ni dah balik modal la hehehe.
       Untung betul beli kain 4 meter dapat 1 jubah dan 1 baju budak. Jiimaaat.....
       Cukup la ye,nanti panjang-panjang entry awak 'rajin' pula nak baca.
      

*anak dara saya baru 6 bulan ye jgn ade yang nak masuk minang pulak. Tunggu 20 tahun lg.

Saturday, 20 July 2013

My FB page

Jemput lah singgah dan like.
https://www.facebook.com/IntDahbaby
Sama-sama kita kongsikan pengalaman keibubapaan,penjagaan bayi,hovi,surirumah tangga dll. Ilmu yg bermanfaat itu kalau x dikongsi memang rugi. Moga Allah berkati semuanya amin....:-D

Monday, 17 June 2013

Cloth Diaper....

Assalamualaikum....

       Ibu-ibu mesti pernah dengar pasal Cloth diaper (CD) kan? Brape ramai yang gunakan CD? Pada yang blum tahu CD adalah lampin kain dengan rekabentuk yang lebih moden dan praktikal.

       Saya pun tidak menggunakan CD sepenuh masa. Sebab Mr habib masih rajin nak belikan CD. Waktu mula-mula penggunaan CD di Malaysia,harganya memang agak mahal. Sampai RM60 sekeping. Tapi sekarang dah banyak pilihan jenama yang murah tapi kualitinya setanding. Macam yang saya guna jenama coola baby x sampai RM30 sekeping. Jenis snap buttons.
 
       Walaupun saya bukan pengguna CD tegar,tapi boleh lah nak kongsi serba sedikit pengetahuan yang saya ada pasal CD ni.

KELEBIHAN
1. Jimat sebab 1 CD boleh pakai sampai anak 10 hehehe. Selain dari tu 1 Cd boleh di adjust pada 3 saiz. Dali s,m, dan L guna CD yang sama. Jimatkan.
2. Elak risiko ruam lampin sebab kebanyakannya diperbuat dari bahan semula jadi dan lembut untuk kulit baby.
3. Anak akan cepat belajar ke toilet sebab x selesa dengan kedinginan bila CD basah.
4. CD jenis snap buttons ni. Susah nak dibuka. Jadi kalau tangan baby da mula gatal-gatal tu  tidaklah mudah tertanggal lampinnye.
5. Sangat mesra alam.

Antara sebab CD tidak menjadi pilihan.
1. Malas basuh.
2. Malas ganti. Sebab pakai CD perlu kerap salin lampin.
3. Masalah kebocoran sebab tak tahu guna.
4. Tak tahu nak jaga CD.
5. Tidak dapat support dari sekeliling especially husband (macam saya lah tu.)

       Kalau masalah satu dan dua mintak maaf x boleh tolong. Tapi kalau masalah tiga dan empat nanti boleh saya kasi idea sikit macam mana nak atasi. Tapi dalam post yang lain la ye..... untuk masalah no 5 tu pandai-pandai lah pujuk sendiri ye.

       Ape pun ibu,mama dan ummi sekalian pilih la yang terbaik untul anak-anak. Dalam masa yang sama x salah kalau kita nak tunjukkan sedikit kepedulian kita pada alam sekitar. Salam dan sekian madah dari saya :-)

Penjagaan Cloth diaper (CD)

Assalamualaikum.....

       Sedikit perkongsian tentang apa yang saya praktikkan untuk jaga CD saya.
1. Basuh pakai tangan walaupon boleh basuh guna mesin. Nak tahan lama,kene rajin sikit.
2. Guna sabun yang murah-murah ke,jangan guna sabun yg mahal yang ada enzyme bagai memang x sesuai dik.....
3. Tak perlu nak basuh teruk-teruk sangat sampai putih bersih. Tak mengapa kalau x putih,letak je kat matahari terik comform ilang warna-warna yang kurang menyenangkan tu:-).
4. Seminggu sekali basuh pakai air limau/cuka/sabun basum pinggan. Ni supaya dapat maintain kuasa penyerapan CD.
5. Jgn rendam  CD lama-lama. Basuh terus kalau belum nak basuh jangan rendam.

Sekian selamat beramal. Niat lillahitaala comform dpt pahala. Jgn merungut pulak terbang pahalanya nanti:-)

Untuk perkongsian keibubapaan,surirumah,penjagaan bayi,tips dan hobby jom like page Intdah Bayi(FB). Terdapat juga perkongsian pengendong bayi (moby wrap style).

Thursday, 13 June 2013

Cara jahit moby wrap.

Assalamualaikum...... isu hari ini adalah seperti yg tersebut di atas......

1. Beli kain 6/5.5/4.5 meter ikut saiz badan. Potong tengah(line merah dlm gamba) untk kain bidang 40. Kalau kain bidang 60 ke 90 ke boleh potong lg atau pn buat lebih lebar. Yg penting lebar kain seelok-eloknya 20 inci atau lebih.
2. Dasiap potong buat kelim dan jahit keliling.saya guna jahitan zig-zag sebab lebih kukuh. Kalau nk senang lagi hanta kedai upah jahit tepi. Tak berapa kemas tapi insyaAllah selamat.

       Basicly wrap kita da siap pon!! Tp ade beberapa perkara yg "optional" untuk di buat.

1. Potongkan hujung kain berbentuk "V". (Seperti dlm gamba,potong ikut line merah) Ini dpt memudahkan proses mengikat nanti. Tapi kalau nk buat ni mesti sbelum jahit tepi.
2. Tandakan bahagian tengah kain dgn apa-apa ja. Saya buat "initial" nama anak saya. Bukan sekadar hiasan,tapi sangat membantu masa proses nak pakai nanti.

Sekian harap bermanfaat...

Tuesday, 11 June 2013

Cara ikat pengendong bayi,(baby wrap).

1. Cari bhg tengah pengendong dan letakkan di perut.
2. Bawakan kain sebelah kanan melalui bahagian belakang badan ke bahu sebelah kiri terus ke depan. Kemudian ulang langkah dgn kain sebelah kiri pula.
3. Sekarang ada 2 kain terjuntai di hadapan masukkan di bawah kain yang ada di bahagian perut tadi.
4. Kemudian silangkan dua kain yang terjuntai jadi "X". Ini akan jadi cawat untuk baby duduk ngan selesa. Kemudian  bawa lebihan kain ke bahagian belakang pinggang.
5. Dari belakang silangkan kain dan bawa semula ke depan. 
6. Ikat dengan kemas.

Siap untuk masukkan baby.
* perlu adjust agar x terlalu ketat atau terlalu longgar . Semakin banyak praktis kita akan semakin mahir. Bila baby makin besar adjust pun dah lain. So memang custom untuk anak kita sahaja. Yang penting jangan putus asa.

Monday, 10 June 2013

Pengendong bayi. MOBY WRAP!!

Assalamualaik......

       Harini saya nak kongsi sikit pasal pengendong bayi yang pernah dan sedang gunakan. Sedikit cabaran yang saya hadapi adalah suka sgt berjalan,anak2 yg agak lasak dan anak x suka duduk dalam stroler. Jadi perkara ni la yang memerlukan saya untuk mencari baby carier yg selesa untuk baby,selesa untuk saya,selamat,praktikal n klu boleh murah hehe.

       Waktu anak pertama saya membeli pengendong kanggaro. Baby nampak x selesa,x lena tidor dan sakit pinggang saya sebab pressure berat baby tertumpu pada pinggang.
       Then saya beli pengendong kanggaroo jugak tapi mahal sikit eh mahal banyak RM60. tali lebar dan tebal. Tapi bila pakai still anak x selesa,x tidur,dan masih sakit pinggang saya.
        Next saya Cari ring sling. Tgk kat majalah Pa&Ma mcm senang je pakai. Mahal bukan main sampai RM90. Tapi baby masih x selesa sebab x terletak ngan betul,risau sebab safety kurang dan sakit bahu,since ring sling ni guna satu bahu saje.
       Dalam masa yg sama,dlm majalah jugak saya nampak pengendong baby yg nampAk selesa,selesa,lebih selamat dan baby terletak elok je dalam tu. Bila saya wat research skit kat internet baru tau moby wrap namenye.
          First thing yg sye fikir time tu adalah nak beli moby wrap tu x jumpa kat Malaysia. Kalau nk beli hargenye 40 dolar,so klu duit kita lbih kurang RM120. Pergh.......
       Sebenarnye ianya merupakan Kain sepanjang 6meter dan selebar 20inchi. mcm x berbaloi je. Satu hal lg cara nk pakainye bapak susah. So saya pn abaikan la ttg moby wrap tu. Sebab anak pn dah pandai jalan.

      Sampailah anak kedua saya lahir sya mula tercari2 balik carier yg bagus sbb perangainye lebih kurang abg dia jugak. Saya jadi fobia nk spent mahal2 sebab hasilnya selalu mengecewakan. Waktu ni lah saya teringat balik Moby wrap. Cara pakainye mmg agak leceh tapi nampaknye seperti itu yang paling selesa.
         So saya pn decide nk cuba. Tapi xkn saya nk spent sampai seratus lebih. Jadi saya pn beli kain RM3 semeter x 6 meter dan jahit sendiri memandangkn kain tu bidang 40 jadi saya boleh dapat 2 keping.
       Selesai jahit saya pn cuba pakai. Time mula2 agak kekok tapi memang baby selesa. So saya teruskan praktis sampai sekarang saya da boleh siap pakai wrap ni x sampi 5 minit. Berbaloi sangat sebab lepastu boleh jalan berjam2. Hands free so klu nk window shopping memang boleh sgt sebab tangan kita bebas gerak but baby masih selamat sebab wrap ni ade cawat. Biasanya baby akan tidur je kalau x tidur pn dia x menangis sebab selesa. Kalau nangis tu mesti sebab lapar. Bestpart kalau nk menyusu pn x perlu buka wrap sebaliknya boleh dijadikn nursing cover pulak.
Kalau nk solat pn x perlu buka,just turunkn baby solat lepas solat letak baby dlm tu semula. Berbaloikan 5 minit tu.
       Alhamdulillah bersyukur sgt. Nnt klu ade masa saya share macam mana nak pakai dan nk jahit plak ye.       

Saturday, 8 June 2013

Tanderm nursing.

Assalamualaikum... harini saya nak kongsikn pengalaman saya yang sedamgenyusukan 2 orang anak. Ini berlaku kerana putera sulong saya masih belum berusia 2 tahun saat puteri sulong saya dilahirkan.
    Walaupn ramai yg anggap benda ni salah,tapi secara saintifikmya xde masalah pn. Kita perlu tau yang penghasilan susu bergantung pada permintaan. So secara teorinya lagi ramai yang isap lebih banyak susu terhasil sebab otak mendapat signal yg susu diperlukan.
     So x timbul isu "susu x cukup" atau "susu adik punya" atau apa2 mitos yg hanya sekadar mitos.
     Yg pnting ibu perlu pastikan pengambilan makanan seimbang,calcium yg cukup dan air yg sgt banyak hehe. InsyaAllah saya akan kongsikan suplimen apa yg saya ambil untuk menjayakan penyusuan berganda ni dlm post yg akan dtg.

     Tapi untuk kali ni kita share bagaimana nk hentikan mulut2 org dari menghalang kita menyusukan anak kita. Bagi saya xde apa yg boleh kita buat selain meneruskan penyusuan. Mulut orang x mungkin kita tutup. Kalau perlu sampaikan ilmu tentang penyusuan yg sempurna. Tapi kalau org x nk ilmu dan cuma nk kritik kita saja, i say persetankan saja mereka.

     Giv what best for our child.